Reaksi Budaya kemiskinan

Sejak tahun 1960-an, para pengkritik tidak bersetuju dengan penjelasan teori budaya kemiskinan yang menjelaskan kewujudan tabiat dan kelas sosial. Mereka mendakwa data dalam dunia sebenar tidak sesuai dengan teori budaya kemiskinan Lewis (Goode & Eames 1996). Pada tahun 1974, ahli antropologi Carol Stack telah mengeluarkan kritikan terhadapnya, menyebutnya "fatalistik" dan menyedari bahawa mempercayai idea budaya kemiskinan tidak menggambarkan golongan miskin kerana ia memenuhi kepentingan orang kaya.

Dia menulis, memetik Hylan Lewis, yang juga seorang lagi pengkritik teori ini:

Budaya kemiskinan, seperti yang dinyatakan oleh Hylan Lewis, mempunyai sifat politik yang asas. Idea-idea tersebut dianggap penting bagi kumpulan penganalisis politik dan saintifik yang cuba merasionalkan mengapa sesetengah rakyat Amerika gagal untuk berjaya dalam masyarakat Amerika. Ia adalah, mengikut pendapat Lewis (1971): "idea yang orang percaya, ingin percaya, dan mungkin perlu percaya." Mereka mahu percaya yang bahawa peningkatan pendapatan golongan miskin tidak akan mengubah gaya hidup atau nilai mereka, tetapi hanya menyalurkan jumlah wang yang lebih besar ke dalam lubang yang tidak berkesudahan dan akhirnya merosakkan diri. Pandangan fatalistik ini diterima secara meluas di kalangan ahli akademik, perancang kebajikan, dan para pengundi. Di universiti berprestij pula, teori negara yang mendakwa rendah diri kaum semakin berleluasa.

[7]

Dia menunjukkan cara bagaimana pihak berpekepentingan dalam politik ingin mengekalkan gaji orang miskin yang rendah dan mewujudkan suatu keadaan yang sesuai dari segi politik untuk menerima idea budaya kemiskinan (Stack 1974). Dalam bidang sosiologi dan antropologi, konsep ini menimbulkan suatu tindak balas yang besar kerana ia mendorong para sarjana untuk melihat kepada masalah struktur dan bukannya " menyalahkan-mangsa " (Bourgois 2001) .

Sejak akhir 1990-an, budaya kemiskinan telah menyaksikan kebangkitan semula dalam perbincangan akademik dalam bidang sains sosial, tetapi kebanyakan sarjana kini menolak tanggapan budaya kemiskinan monolitik dan tidak berubah. Hal ini bermaksud penyelidikan yang lebih baru biasanya menolak idea yang budaya kemiskinan dalam orang miskin boleh dijelaskan melalui tabiat dan sifat mereka. Perbincangan elalunya enggan membahagikan penjelasan kepada "struktur" dan "budaya," kerana utiliti yang semakin dipersoalkan dari perbezaan lama ini. [8]

Salah satu contoh mengenai perkara ini ialah perbincangan mengenai teori kaum kritikal oleh Gloria Ladson-Billings (2017). Dia cuba menggunakan penjelasan budaya kemiskinan yang digunakan untuk menjelaskan mengapa beberapa sekolah bandar tidak berjaya. Dia mengatakan bahawa ibu bapa untuk kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah sangat mengambil berat terhadap anak-anak mereka, dan menggalakkan pendidikan dan kejayaan mereka. Ladson-Billings (2017) memetik bahawa, "Saya mendapati wacana budaya kemiskinan sangat mengganggu (kepada perkembangan taraf hidup gologan miskin) kerana ia memesongkan konsep budaya dan membebaskan struktur sosial-kerajaan dan institusi daripada mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan yang dihadapi oleh kanak-kanak miskin." [9]